Monday, February 22, 2010

busana sanding dan ke majlis

Busana kebaya biru firus lace berkain songket, baju melayu satin bersampin dan bertanjak songket. Pengantin perempuan tampil ayu berasanding di atas pelamin bertemakan biru putih. Pengantin lelaki, segak tampan berwajah selamba.

* Set pakaian di atas: Baju Melayu satin dengan kebaya lace labuh, tanpa banyak manik. Harga sewa cuma RM280. Walau ringkas tetapi mempelai tetap tampil manis menawan...

Busana berimej sopan.
Sewa: L Baju Satin, sampin songket & P: Baju lace, kain songket RM280

Songket bunga tabur merah hati, potongan tradisional sesuai di pakai di majlis persandingan dan majlis keraian.

Kebaya songket bunga tabur merah hati, ringkas bergaya. Harga Sewa pakaian perempuan sahaja: RM100. Harga Sewa pakaian lelaki dan perempuan: RM280. Harga promosi untuk busana songket bunga tabur!

Kebaya labuh bermanik sarat warna biru firus pekat untuk dipakai di majlis persandingan dan resepsi.
Harga sewa pakaian perempuan sahaja: RM120.
Harga sewa pakaian perempuan dan lelaki (satin), lengkap tanjak dan sampin: RM280.
Harga sewa pakaian perempuan dan lelaki baju Melayu songket lengkap sampin tanjak RM350


Baju sanding songket potongan singkat warna ungu dan kuning untuk majlis persandingan gaya semi tradisional.
Harga sewa pakaian Lelaki (Baju Melayu) dan Perempuan, semua songket penuh: RM300


Baju lace kebaya moden, dengan lengan potongan payung dipadankan dengan kain satin.
Sewa baju perempuan: RM100

Kebaya lace potongan labuh digayakan dengan kain songket warna jingga, sesuai dipakai untuk bersanding dan ke majlis resepsi. Baju kebaya hijau kain sutera thai bersulam corak bunga pada depan baju dan kain. Jingga: P: RM 130. L & P: RM300
Hijau: P: RM50



Kebaya lace hijau untuk majlis pertunangan dan bertandang, dipadnkan dengan kain satin berhias jahitan lace dan manik. Sewa: Perempuan sahaja RM80
P & L: RM180

4 comments:

  1. kak.. brapa no tel akak.. boleh sms kat saya. saya ni baru nak blajar mengandam. ada baju yang menarik saya tgk dlm blog akak ni. nak bincang pasal sewa baju tu. boleh akak call saya or sms at 0174338325

    ReplyDelete
  2. Ahmad: Terima kasih kerana menjenguk blog ini.Terima kasih juga kerana sudi datang memilih baju. No telefon akak 013-3310221.

    ReplyDelete